Mengapa Israel bersusah-payah
membina pangkalan dan
pengaruhnya di Singapura?
Apa kaitan Cina Singapura dengan
Yahudi Zionis?
Adakah terdapat apa-apa
perancangan ketika Stamford Raffles
menjejakkan kakinya di Pulau
Singapura?
Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?
Apakah dia alter terahsia BangsaMelayu?.
Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antaraMelayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.
Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang
dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan
rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi
mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka
iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar
yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung
sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti
Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat
panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.
Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah
panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik
perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa
dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa
misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti
tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam
keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter
ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya
teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang
garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri
merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi
begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul
Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang
Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins
menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90
pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan
untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.
“Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia
memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia
bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya
bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jarijarinya
menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih”.
“Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang
Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas
kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya
yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda.”
Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat
mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang
pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia
mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang
sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan
fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,
“Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti
tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia
nampaknya bernafas dengan lebih mudah”.
“Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas
daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tandatanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di
sepanjang pantai”.Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter
tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama
tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek
tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak
mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama
subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asalusulnya
dan siapa dirinya yang sebenar. ‘Melayu’ adalah bangsa misteri yang
dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah
Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama
beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang
merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised
Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga
orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak
(Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula
melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan
Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan
bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan
riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri
bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim
diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala
Hajar pula berasal dari keluarga diraja FiraunMesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi
dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.
Persoalannya, “Siapakah Keturah ini?”
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa
agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa
Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalanganMelayu cucu cicit Nabi
Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks
Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi
musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.
Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsabangsa
ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayathikayat
mereka sebagai ‘raksasa’,'orang gasar(barbarian)’,'kaum yang ganas’ dan
sebagainya.Jika kita lihat kisah NabiMusa yang ingin kaumnya memasuki Tanah
Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat
‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,
“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami
menunggu di sini” (Kisah NabiMusa)
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh
saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi
telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut
sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh
lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka
telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku
Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan
isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke
lembah gersang diMekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya
yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan
tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah
Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti
Khadijah sahaja sebagai isteri NabiMuhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang
lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti
Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak
kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba
perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut
gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan
mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun
manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah
PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah
Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah
di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa
Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.
Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan
mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat
sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan
mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan
hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan
pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan
asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada
mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan
dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.
Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang
sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi
Ismail yang turun kepada NabiMuhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari
empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu
(Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman NabiMusa kerana Firaun ini
hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut
sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi
Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang
telah pupus dan bangsa misteri diMesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia
Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah
selepas itu termasuklah Ramses II di zaman NabiMusa,dalam Alquran ada disebut: “Wahai ahli-ahli Kitab!Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim,
pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman
Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan
akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga
baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 - 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub
telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran
Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya
termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan
yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin)
pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf
setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi
dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-
Aziz bermaksud raja).
Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah
pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam
pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah
Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah
mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu
sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok
tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun
balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.
Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua
Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari
sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di
sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum
asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar
membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem
Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa
Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan
bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah sepertiMedia (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba dibawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi. Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut danMarut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran. Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa
sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah
mereka silih berganti. Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak
diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai
keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh
mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber
kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita
misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran
yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah
melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersamasama
6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan
dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai
bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang
mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang
memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah
Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan
menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya
berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari
Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi
telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun
Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat
dipercayai oleh masyarakat dunia.
Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid
ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya
dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi
buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum
Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan
dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara
misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mulamula
merencanakan pembinaan Piramid?
Sesungguhnya PiramidMesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi
di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai
tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala
bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang
menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal
sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan
material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak
percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman
Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta
mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO
yang bersimpang siur di udara.
Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan
tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh
dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya
dengan manusia,haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan
yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui
bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang
pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi
yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat
besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai
100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh
teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang
lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang
terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini
benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi
Nuh dibina oleh makhluk asing.
Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita
membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada
masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina
bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang
canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat
melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa
mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009Masehi.Bagaimana kehidupan
manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun
selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga
peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini
anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun
ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah
kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis
dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti
UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di
Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU
BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam
bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut
dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.
Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terangterangan.
Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih
acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan
seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahansembahan
berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan
walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda
memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala
kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding
kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik
siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.
Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak
diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RWatau sebagainya) di
China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2
juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa
umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan
kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan
Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan
sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi
sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan
banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan
mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api
sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden
dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan
pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.
No comments:
Post a Comment